Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Sepandai-pandai Tupai Melompat, Ahirnya Jatuh ke Tanah Juga.

Suasana yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi gempar. Kes kecurian yang sudah tidak berlaku sejak dua minggu, kini berlaku lagi. Masing-masing ingin tahu siapa punya angkara.
        "Silap saya juga kerana meninggalkan duit bayaran rombongan sebanyak RM 50 di dalam beg. Saya memang tidak boleh serkap jarang siapa punya angkara, tetapi mungkin orang yang dekat saya," luah Ridzuan. Cikgu Nasir mengetap bibir memikirkan tindakan yang bakal diambil.
         "Saya kecewa keadaan ini boleh berlaku. Walaupun kes ini sedikit, bagai rambut dibelah tujuh, tetapi saya kesal dan marah sikap panjang tangan dalam kalangan kita. Apa pun, kita mesti pastikan orang yang bersikap buruk ini ditangkap,"balas Cikgu Nasir, selaku guru disiplin.
         Rancangan pun diatur. Para pengawas dikerahkan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan. Tiada seorang murid pun dibenarkan masuk ke bangunan, apatah lagi masuk ke kelas. Memang ada yang melanggar peraturan, tetapi apabila disebut nama Cikgu Nasir, mereka tidak berani membantah.
        Hari pertama, kedua dan ketiga, keadaan berjalan lancar. Pada heri keempat, seoranag murid lelaki dalm keadaan mencurigakan melangkah masuk ke dalam kelas menerusi belakang perpustakaan. Ketua Pengawas, Fariz yang menyedari tindakan murid lelaki itu mengekorinya dari belakang.
        Dari sisi pintu kelas 4Berlian, Fariz memerhatikan murid kelas 6 Emas itu sedang menyelongkar beg. Ketika itulah Fariz segera menangkap murid itu. Pergelutan berlaku, tetapi berakhir apabila Cikgu Nasir datang membantu mencekak baju murid yang dikenali nama Amran itu.
        Cikgu Nasir menegur Amran atas perbuatannya itu. Beliau menasihati Amran agar tidak melakukan perkara itu lagi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Fariz atas tindakan berani yang diambil olehnya. Amran menyedari kesalahannya dan meminta maaf kepada Cikgu Nasir dan Fariz. Dia berjanji agar tidak melakukan perkara itu lagi. Amran juga meminta maaf kepada Ridzuan dan memulangkan duitnya balik. 
         Benarlah kata peribahasa, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Peribahasa ini bermaksud seseorang yang melakukan kejahatan, akhirnya diketahui orang juga. Oleh itu, janganlah sekali-kali menucuri harta orang lain.

No comments:

Post a Comment