Friday, 5 August 2016

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Darvish merupakan seorang pelajar tingkatan lima. Semasa dia mengambil peperiksaan PMR dua tahun dahulu, dia telah mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa sia berada di tingkatan empat, dia telah berkawan dengan Rajan. Rajan bukanlah seorang pelajar yang suka belajar. Dia suka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah.
        Darvish mula terikut-ikut dengan perangai Rajan. Mereka selalu ponteng sekolah. Boleh dikatakan setiap hari mereka akan melepak di pusat beli-belah, mereka akan ke kafe siber. Darvish juga sudah pandai merokok. Bukan setakat itu sahaja, Rajan juga telah mengajar Darvish cara-cara mencuri.
        Guru di sekolah sangat hairan dengan perubahan kelakuan Darvish. Mereka telah memanggil ibu bapa Darvish untuk berbincang. Ibu bapa Darvish telah memujuk dan menasihatinya agar menumpukan perhatian terhadap pelajaran tetapi Darvish tidak mengendahkannya. Nasihat itu bagai mencurah air ke daun keladi. Pada masa yang sama, sikap negatif Dravish semakin teruk.
        Suatu hari, Darvish dan Rajan telah merancang untuk meragut beg tangan seseorang wanita yang baru sahaja mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang. Rajan mengarahkan Darvish agar meragut beg tangan wanita tersebut.
        Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Darvish kerana ada orang yang kebetulan lalu di kawasan itu terlihat perbuatannya. Darvish telah dikejar dan ditangkap oleh sekumpulan pemuda. Darvish dipukul dan dihantar ke balai polis. Darvish sangat menyesal tetapi semuanya sudah terlewat ibarat peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

15 comments: