Thursday, 4 August 2016

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Tauke Lim mundar-mandir di depan kedainya. Kemudian dia masuk semula dalam keadaan yang gelisah bagai cacing kepanasan. Keadaan ini disedari oleh anak tunggalnya.
        "Macam ada yang tidak kena sahaja. Apa yang berlaku, ayah?"tanya Kelvin.
        "Ayah kena pergi ke mahkamah sekarang juga. Ayah perlu jadi saksi kes rompakan bank tahun lepas. Hendak tutup kedai ini, nanti pelanggan lari ke kedai lain. Hedak dibuka..."
        "Mengapa ayah bimbang? Bukankah anak ayah ini tahu menjaga kedai. Lagipun, kalau ayah tidak memberikan kerpercayaan kepada saya sekarang, bila lagi ?" Kelvin meyakinkan ayahnya. Setelah berfikir seketika, akhirnya Tauke Lim bersetuju.
        Apabila Tauke Lim pergi sahaja, Perasaan kelegaan menguasai hati Klevin. Untuk pertama kalinya dia sudah berasa menjadi tauke besar. Selama ini ayahnya hanya memintanya membantu sahaja tetapi sekarang ayahnya seperti telah "menyerahkan" kedai itu kepadanya.
        Perasaan tamak menguasai dirinya. Segala keuntungan hari itu dimasukkan ke poketnya. Apabila ayahnya pulang, cepat-cepat dia keluar dengan alasan letih. Ayahnya tidak menyedari muslihat anaknya.
        Tetapi, apabila diperiksa laci, hanya tinggal RM102.00 sahaja. Tauke Lim terkejut dan timbul rasa penyesalan. Darah dangingnya tergamak membuat angkara kepadanya. Malam itu dicari anaknya, tetapi anaknya tidak pulang-pulang, mungkin takut bertemunya.
         Nasibnya sama seperti peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi", iaitu orang yang kita harapkan, tetapi orang itu pula yang menkhianati kita.

No comments:

Post a Comment