Friday 5 August 2016

Bagai Mencurah Air Ke Daun Keladi

Wee Kin terkenal di sekolah dengan sikap kepala batunya. Banyak guru telah memberikan nasihat kepadanya agar berubah. Suatu ketika dahulu, Wee Kin merupakan murid yang baik tetapi sejak dia berkawan dengan Guna dan Kim Hong, perangainya berubah.
        Wee Kin menjadi malas untuk belajar. Setiap hri, Wee Kin, Guna dan Kim Hong akan tidur di dalam kelas. Setiap hari juga, Cikgu Kasturi memujuk mereka agar terus belajar tetapi tidak diendahkan. Bukan sahaja Cikgu Kasturi yang berbuat demikian, malahan Cikgu Cheng dan Cikgu Leman juga pernah memujuk mereka bertiga. Walau bagaimanapun perangai mereka tidak berubah.
        Masalah Wee Kin ini telah dilaporkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa Wee Kin. Ibu bapa Wee Kin juga telah menasihatinya supaya menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan meninggalkan perbuatan yang sia-sia. Selain itu, ibu bapa dia juga menasihatinya agar tidak berkawan dengan Guna dan Kim Hong. Namun, perangai Wee Kin tetap juga sama. 
        Pada pandangan Wee Kin, dua orang kawannya itulah yang memahami segala masalahnya. Wee Kin tidak sedar bahawa dua orang kawannya itulah yang merosakkannya.
        Guru-guru di sekolah sudah berputus-asa untuk menasihati Wee Kin. Ibu bapa Wee Kin juga sudah berputus asa. Walaupun dia tidak pernah melawan guru-guru dan ibu bapanya, namun segala nasihat mereka diabaikannya sahaja. Nasihat yang diberikan kepada Wee Kin bagai mencurah air ke daun keladi. Wee Kin tetap tidak berubah.

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Darvish merupakan seorang pelajar tingkatan lima. Semasa dia mengambil peperiksaan PMR dua tahun dahulu, dia telah mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa sia berada di tingkatan empat, dia telah berkawan dengan Rajan. Rajan bukanlah seorang pelajar yang suka belajar. Dia suka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah.
        Darvish mula terikut-ikut dengan perangai Rajan. Mereka selalu ponteng sekolah. Boleh dikatakan setiap hari mereka akan melepak di pusat beli-belah, mereka akan ke kafe siber. Darvish juga sudah pandai merokok. Bukan setakat itu sahaja, Rajan juga telah mengajar Darvish cara-cara mencuri.
        Guru di sekolah sangat hairan dengan perubahan kelakuan Darvish. Mereka telah memanggil ibu bapa Darvish untuk berbincang. Ibu bapa Darvish telah memujuk dan menasihatinya agar menumpukan perhatian terhadap pelajaran tetapi Darvish tidak mengendahkannya. Nasihat itu bagai mencurah air ke daun keladi. Pada masa yang sama, sikap negatif Dravish semakin teruk.
        Suatu hari, Darvish dan Rajan telah merancang untuk meragut beg tangan seseorang wanita yang baru sahaja mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang. Rajan mengarahkan Darvish agar meragut beg tangan wanita tersebut.
        Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Darvish kerana ada orang yang kebetulan lalu di kawasan itu terlihat perbuatannya. Darvish telah dikejar dan ditangkap oleh sekumpulan pemuda. Darvish dipukul dan dihantar ke balai polis. Darvish sangat menyesal tetapi semuanya sudah terlewat ibarat peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Thursday 4 August 2016

Harimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama.

Peribahasa merupakan kaliamat indah dicipta oleh orang tua-tua dahulu yang berperanan menasihati, mendidik,menyindir dan memberikan peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalm kehidupan seharian.
        Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup akan meninggalkan nama yang baik setelah meningal dunia. Ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat.
        Hingga kini, kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap kita kenang.
        Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berakti kepada agama,keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah adalah membuat kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain seperti menjaga kebersihan.
        Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Sudahlah tidak mahu berbakti, menyusahkan orang lain pula. Mereka yang bersikap negatif ini kerana tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka.
        Jadi kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Oleh itu, jangan sekali-kali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai murid yang sentiasa ingin berbakti kepada sekolah, tindakan pertama adalah memastikan diri sentiasa mematuhi undang-undang sekolah.
        Walaupun negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa ini masih sesuai diamalkan dalm kehidupan kita. Ini merupkan satu peribahasa daripada ribuan peribahasa yang perlu kita pelajari. Jadikanlah peribahasa ini sebagai panduan.


Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Tauke Lim mundar-mandir di depan kedainya. Kemudian dia masuk semula dalam keadaan yang gelisah bagai cacing kepanasan. Keadaan ini disedari oleh anak tunggalnya.
        "Macam ada yang tidak kena sahaja. Apa yang berlaku, ayah?"tanya Kelvin.
        "Ayah kena pergi ke mahkamah sekarang juga. Ayah perlu jadi saksi kes rompakan bank tahun lepas. Hendak tutup kedai ini, nanti pelanggan lari ke kedai lain. Hedak dibuka..."
        "Mengapa ayah bimbang? Bukankah anak ayah ini tahu menjaga kedai. Lagipun, kalau ayah tidak memberikan kerpercayaan kepada saya sekarang, bila lagi ?" Kelvin meyakinkan ayahnya. Setelah berfikir seketika, akhirnya Tauke Lim bersetuju.
        Apabila Tauke Lim pergi sahaja, Perasaan kelegaan menguasai hati Klevin. Untuk pertama kalinya dia sudah berasa menjadi tauke besar. Selama ini ayahnya hanya memintanya membantu sahaja tetapi sekarang ayahnya seperti telah "menyerahkan" kedai itu kepadanya.
        Perasaan tamak menguasai dirinya. Segala keuntungan hari itu dimasukkan ke poketnya. Apabila ayahnya pulang, cepat-cepat dia keluar dengan alasan letih. Ayahnya tidak menyedari muslihat anaknya.
        Tetapi, apabila diperiksa laci, hanya tinggal RM102.00 sahaja. Tauke Lim terkejut dan timbul rasa penyesalan. Darah dangingnya tergamak membuat angkara kepadanya. Malam itu dicari anaknya, tetapi anaknya tidak pulang-pulang, mungkin takut bertemunya.
         Nasibnya sama seperti peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi", iaitu orang yang kita harapkan, tetapi orang itu pula yang menkhianati kita.